Install this theme
she’s drawing from heart to sweetheart . 

she’s drawing from heart to sweetheart . 

BULAN ITU GADIS DAN MATAHARI ITU JEJAKA

Malam itu aku memberi alasan yang mudah kepada Mojo yang aku lebih selesa berada di rumah menonton DVD . Penat seharian bekerja meyakinkan Mojo bahawa aku tidak membohonginya yang aku benar-benar kepenatan . Mojo putus asa memujuk aku . Dia mahu aku sentiasa berada disampingnya . Mojo ketagih belaian dan kasih sayang . Aku sedih bila dia memujuk dan aku tidak menurut kehendaknya. Aku lelaki yang tinggi ego . Selama aku bersamanya , aku tidak pernah memberitahu tentang hal ini kepadanya ; Dalam hidup manusia , kita harus mempunyai masa untuk diluangkan untuk diri sendiri kerana dengan bersendirian kita akan lebih mengenali siapa diri kita . Barangkali kerana itu dia tidak mengerti tentang hal yang satu ini . Bersendirian .

Telefon bimbit sengaja ditinggalkan di rumah dan aku hanya membawa beberapa tin minuman Coca-cola dan sebungkus Winston Light dan yang satu ini takkan pernah aku lupa membawa kemana saja aku pergi. Hati . Aku bersendirian berada di atas puncak bukit yang aku sendiri tidak pernah mengetahui nama bukit itu. Aku pernah mencuri-curi dengar perbualan jiran-jiran aku bahawa nama bukit ini ialah Bukit Mati. Aku tidak terlalu percaya dan juga tidak menafikan nama bukit itu . Anggapan itu berada ditengah-tengah antara kebenaran dan kepalsuan . Bila-bila masa kedua-duanya boleh tergelincir . Aku baring di atas rumput basah dengan lengan dijadikan bantal melihat langit yang seperti sebuah wayang yang memainkan filem tanpa dialog tetapi visualnya sangat menakjubkan . Mojo mungkin sedang lena tidur dan dia percaya bahawa aku juga sedang tidur . Untuk Mojo , pujukan yang kalah itu adalah kerana ini sebenarnya . 

Langit pada malam 23 Februari 2012 tidak seperti malam 23 Februari 2011 . Langit malam ini barangkali langit yang paling indah dalam sejarah kehidupan manusia . Simbahan cahaya bulan yang optimistik. Tiada satu pun tempat yang gelap tanpa cahaya. Langit seperti arus sungai yang airnya berwarna keunguan mengalir perlahan . Mengasyikkan. 

Aku rasa bukan hanya aku yang perasan keajaiban langit pada malam ini . Mungkin ada sekeluarga yang harmoni sedang mendongak ke langit di beranda rumah sambil mulut tidak putus-putus mengucapkan puji-pujian kepada Tuhan dan mungkin juga di tempat yang aku sendiri tidak pernah sampai sedang meraikan pesta ‘langit ajaib’ di padang luas . Mereka duduk di atas rumput dan tetap sama dengan sekeluarga itu , mendongak dan tersenyum . Senyuman yang paling ikhlas dalam hidupnya. Lautan manusia wujud .

Dalam langit sedang ghairah melakonkan keajaibannya , bintang berkelip-kelip menjadikan langit seperti ditaburi manik-manik kecil bercahaya , isi langit yang nampak sarat dengan air keunguan perlahan-lahan mengalir dan cahaya bulan membogelkan langit sehingga menampakkan isi langit . Cahaya bulan pada malam itu membuktikan bahawa langit adalah lutcahaya . Tiba-tiba satu keanehan berlaku . Teruja dan ketakutan bercantum menjadi satu rasa . Bulan tiba-tiba berkedip beberapa saat . Aku kira dalam 30 saat bulan berkedip. Kedipannya seperti lampu kalimantan yang baru dibuka suisnya . Sungguh menakjubkan ! Tuhan sememangnya tidak dapat diduga keajaibannya.

Selesai bulan berkedip . Aku yang tadi berdiri dan mendongak tanpa sedar terduduk . Aku tersenyum dan pelan-pelan mendongak kembali kearah langit . Bulan sudah hilang . Baju yang aku pakai terbekas peluh di bahagaian jantung .Aku panik. Teruja serta merta hilang . Pekikan manusia di kaki bukit jelas kedengaran . Lampu-lampu rumah yang tadi terpadam kembali bercahaya. Sedikit cahaya yang tempias ke arah puncak bukit menghilangkan ketakutan aku . Langit hitam legam untuk beberapa minit dan selepas itu bulan kembali seperti keadaan bulan yang normal. Aku fikir bulan dihasut setan . Bulan lalai untuk bebarapa minit . Mungkin bulan bukanlah Malaikat dan ia turut tergoda dengan hasutan setan yang menghasutnya untuk tidur dan abaikan kerjanya untuk bumi . Setan tidak pernah gagal menghasut dan aku jerit kepada setan sekuat-kuat yang aku mampu : Setan ! kau makhluk tersial !

Aku pulang ke rumah dengan langkah kaki yang kalut . Sebelum aku ceritakan kejadian yang ajaib itu kepada orang lain , aku ingin ceritakannya kepada Mojo. Aku berdiri dihadapan pintu rumah Mojo . Loceng rumah Mojo aku tekan beberapa kali , sangkaan aku salah . Mojo masih belum tidur dan dia selalu tidur lewat kerana pujukannya selalu tidak berhasil semenjak beberapa hari ini . Mojo membuka pintu tanpa senyuman dan suara . Baru aku ingin membuka mulut untuk bercerita tentang kejadian yang baru saja aku lihat tadi . Mojo meletakkan jari telunjuknya di bibir aku dan dia dengan lembut bersuara ;

Aku mahu bersendirian . 

aidilnik

9.2.2O12

5.55 AM

fubiz:

First Day in Malaysia

fubiz:

First Day in Malaysia

m0iety:

Iceland (by Mait Jüriado)

m0iety:

Iceland (by Mait Jüriado)

NOKTAH YANG AKAN ADA PERMULAAN YANG LAIN

Bila semakin dewasa kita semakin memahami dengan kehidupan . Percaya Tuhan . Yakin diri . Sebarkan kasih sayang kepada manusia dan haiwan . Optimistik . Tidak perlu menyimpan dendam . Terbitkan rasa positif dalam hati dan jangan sesaat matikan rasa itu . Wujudkan keinginan dan cuba kecapinya . Dalam sepanjang hayat kehidupan manusia , aku fikir usia diantara 20 hingga 30 tahun adalah usia yang paling ideal untuk mencari siapa dirinya yang sebenar . Harap kita jumpainya .

aidilnik/23032012/ 7.12 AM

topshop:

Ice cream hues and a bombshell beauty spot!

topshop:

Ice cream hues and a bombshell beauty spot!

darksilenceinsuburbia:

Andrea Galluzzo. From Know Myself In All My Parts Series.

All Images 11” X 16”
Printed on:
Museum Etching Paper
Archival Pigment Print

http://www.andreagalluzzo.com/

alecshao:

Ginny Grayson

alecshao:

Ginny Grayson